BioSunnah.biz

Hati kering vs gedebe

"Kesemua mangsa dibelasah, diikat, ditikam, dibakar dan abu mayat dibuang ke sungai. Jumlah mangsa, 4 bukan 1. Setiap mereka melalui pengalaman getir dan menyeksakan sebelum menghembuskan nafas terakhir." Itulah ayat yang boleh memberikan definisi peribahasa 'hati kering'. Hati yang dimiliki oleh pelaku atau orang mengarahkan perlakuan itu.Hati kering ini wujud sejak berzaman lagi, mungkin perlakuan berbeza tapi kekeringan hati pelaku adalah sama. Hindun yang hidup pada zaman Nabi, sanggup melapah dan memakan hati sahabat yang dibunuh semata-mata taksub kepada amarah dan dendamnya.
Begitu juga kepala cucu Nabi s.a.w  dipenggal di Karbala lantaran perbezaan fahaman (politik?). Peristiwa sebegini berkesinambungan hingga ke hari ini dan akan berterusan hingga dunia ini berakhir. Mereka yang melakukan perkara sebegini akan sentiasa muncul di setiap zaman dan masa tanpa ada musim atau tempo tertentu. 
( Semasa kecil; tahun-tahun 60an,70an dan 80an dulu Selising juga meriah dengan perlakuan ganas. Pada era itu selalu berlaku pergaduhan antara kampung-kampung dalam mukim Selising. Antara lubuk orang gedebe ialah Banggol, Seligi dan Kedai Selising. Pantang selisih atau dengan sedikit kes sahaja pergaduhan pasti terjadi.Era 70an siapa tak kenal Pok Loh Kedoh, Hj Manaf dan beberapa nama lagi. Mereka bukan setakat gebebe mulut malah sanggup bertetak untuk mempetahankan status  quo masing-masing. Namun mereka hanya gedebe bukannya berhati kering, pergaduhan mereka bukan kerana untuk kesenangan atau berebut harta tetapi untuk 'memaklumkan' bahawa merekalah yang terhebat!.
Anda ada cerita menarik tentang orang Gedebe, emailkan ke selising2010@gmail.com untuk dikongsi bersama.

Tiada ulasan: