BioSunnah.biz

Reunion SK Bukit Jawa

MAJLIS MALAM MESRA AIDIL FITRI
(REUNION ) BEKAS PELAJAR SK BUKIT JAWA
.................................................................................................................................

Salam Aidil Fitri
Dimaklumkan J/Kuasa penaja Bekas Murid SK Bukit Jawa, Pasir Puteh dengan kerjasama PIBG Sekolah menjemput SEMUA bekas palajar sekolah ini hadir sebagaimana berikut :

Tarikh : 21/8/2012 (Selasa) - Raya ke 3
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Dewan Sekolah

Majlis diadakan adalah untuk sama-sama kita, bekas pelajar SKBJ dapat bertemu muka dan mengimbau kembali nostalgia yang pernah kita alami bersama.InsyaALlah rasa ukuwah sesama kita pun pasti akan kembali dan semakin erat.

Perantau-perantau amat dialukan hadir dan diminta war-warkan dalam Facebook/Twitter/Blog atau laman WEB .

Aturcara :
8.30 mlm - berkumpul
9.00 mlm - Ucapan Pengerusi Penaja, Cikgu Rosli (Cikgu Mi )Abd Rahman (Guru Besar SKBJ)
                - Ucapan Penaung - Dato Hj Sukri Mohamad



Ribut Melanda Selising

3/7/2012
Lokasi : Bazar Ramadhan Kedai Selising
Tanpa amaran, tiba datang ribut membadai dari arah kedai ke padang bola menerbangkan bangsal MDPP bazar Ramdhan. Kawasan paling teruk berdekatan cabang masjid. Kawasan itu lebih terbuka berbanding bangsal lain yang dilindungi bangunan/ gudang kedai minimarket.
Kerosakan agak teruk, dimanat tinggal tiang saja sebagai penanda adanya bangsal di situ. Mengikur salah seorang penjual, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana berlaku tiba-tiba. Bukan setakan bahan jualan, wang hasil jualan juga tidak sempat diselamatkan.
Ribut dikatakan berhenti setelah ada insan yang arif melaungkan azan berulang kali. Alhamdulillah tiada kecederaan jiwa.
Sempena ramdhan ini marilah kita insafi diri dengan bermuhasah, mengapa Dia mengirim ribut kepada kita pada hari itu ?

Keda patti, panggung Q & keda merket

Catatan Tenggiling Tanah via blognya : http://tenggiling-tanah.blogspot.comRabu, 5 Oktober 2011


Keda patti, panggung Q & keda merket

3 khazanah yang begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak aku keda patti, panggung Q dan persekitaran keda merket yang belum diupgradekan. Mungkin kerana masa yang sempat aku nikmati terlalu singkat bersama khazanah yang 3 ni. Mungkin ada orang lain mempunyai versi mereka sendiri.
Seingat aku, hanya sekali aku menonton wayang di panggung Q. Itu pun masuk free.. ada teknik dan tektiknya, kita cuma perlu tunngu kat depan pintu panggung tu, bila ada orang dewasa masuk seorang apalagi kita pun mencelahlah dengan dia. Budak-budak tak kena tiket kot masa tu...entahlah. Masa tu aku tengok cerita 'belang bertanda'...ataupun 'loceng maut'. lupa pulak. Tapi bab promosi panggung memang klasik, dia orang akan pusing kampong mengedarkan iklan (sakela) tentang cerita yang akan main nanti. Budak-budak memang akan kejar van yang mengedarkan sakela tu. Keadaan panggung masa tu... tanah tanpa simen atau apa-apa jenis lantai pun. Tinggi dibelakang dan makin rendah kedepan. Tiket paling murah dop depan la.. Bila nak balik lepas tengok wayang tu merupakan cabaran yang paling kuat. Mana taknya, jam 11 malam. Takut kat anjing liar lain kat hantu lain... Memang rasa nak menangis sementara sampai rumah. Dan satu lagi, seingat aku mok dan chek aku tak pernah marah pulak....

Padang Bola Selising :Pasti Dirindui Sesiapa Juga

Banyak sangat kenangan di sini, tak kira siapa pun dia atau dari generasi mana pun dia. Banyak peristiwa berlaku, malah banyak peristiwa lain yang boleh dikaitkan dengannya. Lokasi di tengah Pekan Selising dikelilingi bangunan kerajaan, gudang perniagaan, tapak 'kedai sari', rumah-rumah persendirian, Pasar Besar dan Pusat Giat MARA.
Untuk bacaan generasi baru dan untuk mengimbau kenangan generasi lama, akan cuba digambarkan keadaan Padang Bola Selising suatu ketika dulu semoga kita dapat menghargai apa yang ada kini.

Dulu, di tepi padang ada sebatang pokok 'pauh' yang rendang dan besar. Berteduh di bawahnya gerai Abe Nor Bukit Jawa. Air 'Belede' dan goreng pisang yang tak mungkin dilupakan oleh pelanggannya. Dengan sepuluh sen sudah cukup untuk menikmati air beleda hitam (cincau) Abe Nor!.
Pokok pauh ini ada cerita tersendiri, bukan pasal mistik (sebab tidak pernah ada cerita orang kampung di'kosek'), tapi cerita tentang lokasi 'port' orang gedebe tunggu musuhnya. Selalu berlaku pergaduhan antara orang gedebe Selising, Banggol, Seligi atau Bukit Merbau. kekalutan ini menyebabkan peminpin tempatan telah membuat keputusan untuk menebang pokok bersejarah ini dengan harapan 'reda' permusuhan antara kampung ini. Maka sekitar tahun 80an maka tumbanglah monumen bersejarah ini..walau 'peperangan. antara orang gedebe tidak juga reda.

Sisi Kedai Kopi Sleman Kudung

Berada di satu sudut mengadap 'alik naik' di kedai kopi Sleman Kudung dalam Pasar (Merket) Selising,seolah-seolah berada di zon tidak bergerak masanya. Terlalu banyak perkaitan antara tahun-tahun 60,70,80,90 dan era ini. Mungkin ada perbezaan fizikal, tapi apa yang tersirat yang boleh dirasai oleh jiwa atau oleh mereka yang ada 'urusan' di sini pasti terasa terlalu banyak perkaitan.
Apa yang ingin dipaparkan ialah tentang personal yang bergelar penjual, pengunjung kedai kopi atau pembeli keperluan harian.
Penjual : Warisan adalah yg paling menguasai. Paling menarik , si penjual adalah dari pelusuk ceruk kampung di mukim Selising.
Legasi : Di bawah sana ; Ada penjual sayur, penjual ikan dan penjual ayam, samada masih orang sama atau mereka yang mewarisi. Kak Jah  bermula rasanya sejak tahun 80 an lagi, bersusah payah membesarkan anak setelah kematian suami dan kini anak-anak pula membantu. Kak Da Gemuloh Amat mewarisi perniagaan dan pelanggan tetap dari Mok Toh Pok Dik Tok Ngulu . Juga kematian suami dan kini mewarisi perniagaan bersama anak-anak. Begitu juga Kak Da Jini, si penjual ayam yang mewarisi tapak jual ayam dan kedai runcit dari suaminya (yang juga anak Mok Toh!).