BioSunnah.biz

Sisi Kedai Kopi Sleman Kudung

Berada di satu sudut mengadap 'alik naik' di kedai kopi Sleman Kudung dalam Pasar (Merket) Selising,seolah-seolah berada di zon tidak bergerak masanya. Terlalu banyak perkaitan antara tahun-tahun 60,70,80,90 dan era ini. Mungkin ada perbezaan fizikal, tapi apa yang tersirat yang boleh dirasai oleh jiwa atau oleh mereka yang ada 'urusan' di sini pasti terasa terlalu banyak perkaitan.
Apa yang ingin dipaparkan ialah tentang personal yang bergelar penjual, pengunjung kedai kopi atau pembeli keperluan harian.
Penjual : Warisan adalah yg paling menguasai. Paling menarik , si penjual adalah dari pelusuk ceruk kampung di mukim Selising.
Legasi : Di bawah sana ; Ada penjual sayur, penjual ikan dan penjual ayam, samada masih orang sama atau mereka yang mewarisi. Kak Jah  bermula rasanya sejak tahun 80 an lagi, bersusah payah membesarkan anak setelah kematian suami dan kini anak-anak pula membantu. Kak Da Gemuloh Amat mewarisi perniagaan dan pelanggan tetap dari Mok Toh Pok Dik Tok Ngulu . Juga kematian suami dan kini mewarisi perniagaan bersama anak-anak. Begitu juga Kak Da Jini, si penjual ayam yang mewarisi tapak jual ayam dan kedai runcit dari suaminya (yang juga anak Mok Toh!).

Penjual ikan tersohor ; Bedul dan Deris ; Bedul masih menjalankan perniagaan secara aktif manakala si Deris dibantu oleh anaknya. Dulu kawasan ini dikuasai oleh Gemuloh Sidek Ikan, Wohab dan  Pok Teh. Mereka inilah yang mewarnai pasar Selising.
Naik ke atas, bahagian utama pasar Selising ; kalau anda mencari-cari Kak Yah Cikgu Deris, pasti kecewa kerana tapaknya telah disewakan kepada orang lain mungkin kerana tiada waris yang berminat atau ada profesion lain. Begitu juga tiada lagi Maksu Pak Su Semail alik naik, tiada yang mewarisi dan kini disewakan.
Paling terkesan ialah sipenjual kuih yang mewarisi profesion ibunya iaitu Maksu Timah, macam-macam kuih Kelantan atau kuih 'kebangsaan' yang berperisa Kelate ada..kalau lewat pasti kempunan.

Jumpa lagi di siri ke 2.
Terima kasih

Tiada ulasan: