BioSunnah.biz

Bola Kelate Bola Selising

KOTA BHARU – “Macam medan pertempuran.” Begitulah suasana yang dapat dilihat setelah segelintir penyokong Kelantan bertindak membakar dan membaling mercun ketika perlawanan bola sepak peringkat kumpulan A TM Piala Malaysia, pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu,tempoh hari.
Rekod cemerlang penyokong Kelantan sepanjang saingan Piala FA dan Liga Super musim ini, akhirnya tercalar di gelanggang sendiri angkara tindakan segelintir penyokong Kelantan yang bertindak membakar dan membaling mercun dalam perlawanan itu.
Malahan, perbuatan tersebut disifatkan tidak
mencerminkan sikap sebenar ‘penyokong setia Kelantan’ yang dilihat begitu berdisiplin sepanjang tahun ini.Dalam perlawanan itu, Kelantan yang beraksi di hadapan hampir 25,000 penyokong setia tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan hasil jaringan sepakan penalti Abdul Halim Zainal.
Insiden membakar dan membaling mercun bermula sebaik sahaja pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74 oleh pengadil, Yusof Mat Karim setelah pemain Negeri Sembilan, Idris Abdul Karim dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan tuan rumah, S Subramaniam.

Keputusan pengadil itu, ternyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong Kelantan yang bertindak di luar batasan dengan mula membakar serta membaling mercun ke dalam padang.
Petikan : kelate.net

[ Bolasepak Selising pun apa kurangya, terutama era 70, 80 dan awal 90 an dulu, banyak peristiwa pergaduhan di padang bola antara kampung-kampung yang berlawan. Kalau liga piala wakil rakyat DUN Selising disertai kampung dlm mukim Selising berlaku pergaduhan, apatah lagi bila Selising menyertai liga luar kawasan. Antara pasukan yang menjadi musuh utama adalah Seligi, Banggol (Pak Esah,Stol, Jenerih) serta Sungai Petai. Hingga Selising terkenal di dunia bolasepak Kelantan sebagai antara pasukan yang perlu dibuat persediaan untuk bergocoh oleh pasukan lawan. Sekrang ni tak tahu pula bagaimana, anda ada cerita untuk dikongsi ? sila tulis dalam commet/ulasan.]

Tiada ulasan: