Alhamdulillah, Tuanku Muhammad Faris Petra
telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari
Isnin 13hb. September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431
(Hijrah).Selepas dimasyhurkan sebagai
Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke
masjid Muhammadi untuk menunaikan sujud
syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.
[ Allah Akbar!, sesiapa yang melihat foto-foto yang dipaparkan dalam laman WEB berkaitan aktiviti tuanku pasti terharu malah tidak mustahil akan menitis airmata kerana akan terdetik dalam hati 'ada lagi raja yang merendah diri sebegini di zaman ini'. <klik > Tuanku akan menggunakan gelaran Sultan Muhamad V .]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan