BioSunnah.biz

Bola vs PRK Galas

2 menjadi tumpuan utama kini ; bola akhir Piala Malaysia dan Pilihanraya Kecil DUN Galas.Apa kaitan keduanya ?; keduanya adalah melibatkan Kelantan, sesiapa yang ke Bukit Jalil, mesti melalui Galas dan perlakuan  serta jalan cerita keduanya adalah seperti ada persamaan.
Bola : saat blog ini dikemaskini, ribuan penyokong telah ke Bukit Jalil, RR Gua Musang penuh dan bandar Gua Musang (Galas) sesak dengan kenderaan (campur sekali dengan orang-orang politik).Mungkin ketika anda
sedang membaca catatan ini, kita sedang meraikan kejayaan membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu atau sebaliknya!
PRK Galas : Pertandingan antara seorang Dr dengan Pegawai KESEDAR; seorang sememangnya doktor swasta da nseorang lagi perlu meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.Seorang dari Kuala Krai tapi telah lama menetap di Chiku 3 manakala seorang lagi kelahiran Bertam dan menetap di Limau Kasturi..jadi keduanya bukan warga Galas! itulah yang menariknya.Mungkin di saat anda membaca catatan ini salah satu parti sedang meraikan kemenangannya manakala parti yang satu lagi sedang membincangkan punca kekalahan (post mortem) ..(biasanya kelemahan sendiri tidak akan dimasukkan dalam laporan berkenaan). Di saat blog ini dikemaskini, Galas (Bandar Gua Musang) sedang mengalami suasana kesesakan dalam kemeriahan.Sesiapa yang tidak datang ke sini sememangnya rugi kerana situasi sebegini bukannya selalu dapat dinikmati. Gerai-gerai bertaburan dengan macam-macam jualan, polis-polis dari berbagai unit memenuhi setiap inci bumi Galas ini, macam zon perang! (walaupun pilihanraya di Malaysia tidaklah seganas mana pun !).Orang-orang politik dari berbagai ceruk bumi Malaysia memenuhi kedai-kedai makan dan ceramah-ceramah.Ramai yang 'bercakap luar' dari yang berkecek Kelate.
PRK adalah Bola ?.: Ini adalah analogi perjalanan politik di PRK Galas denga permainan bolasepak. Ada kalangan pemain bola hanya menunggu bola datang ke kaki kerana pemain tersebut 'kecewa' ketua rakitnya tidak dipilih sebagai ketua pasukan (calon).Kini golongan ini hanya menyepak bila bola sampai ke kakinya, jangan harap dia akan mengejar bola apatah lagi merampas bola di kaki lawan. malah ada berita manyatakan ada pemain telah menghasut rakannya agar jangan bermain bersungguh-sugguh, lebih malangnya dia sedang merancang untuk menjaringkan gol sendiri!.
Papan tanda dan kain rentang muncul dengan pelbagai tohmahan, pujian diri sendiri, fitnah, syok sendiri dan paling busuk memainkan isu perkauman dan agama. Hingga ada yang terlalu ghairah terlupa tentang kaedah menghukum dalam Islam. (cth : melabelkan seseorang itu kafir zimmi atau kafir harbi ; ini adalah serius kerana setiap kafir harbi perlu dihukum dan kafir zimmi perlu dibela).
Apapun diucapkan selamat menonton bola dan selamat mengundi ; semoga Allah memberkati apa jua yang kita lakukan.
[Seronok betul bila berada di stadium, rasa kekitaan sangat mendalam bila berada di kalangan sesama penyokong. Dalam bola dan dalam politik sama sahaja, kita akan rasa seronok dan berbangga bila dapat berbuat sesuatu kepada pihak yang kita sokong. kalaulah semua pihak dapat menghormati hak untuk menyokong dan berada di mana-mana pihak, indahnya DEMOKRASI !.]

Tiada ulasan: