BioSunnah.biz

Piala di Gua Musang

1 November 2010 ; jam 1.15 akhirnya Piala Malaysia dipertontonkan kepada rakyat Kelantan dan orang Gua Musang paling bertuah kerana menjadi yang pertama meraikan kejayaan ini.Ketibaan wira-wira Kelantan ini disambut oleh pelbagai lapisan masyarakat.Wajah-wajah ceria dapat dilihat di kalangan hadirin.
Ketibaan dimulai dengan YB Dato Sri Annuar Musa bersama piala Malaysia dan diikuti dengan pegawai,jurulatih serta pemain dengan kereta khas.
Manakala majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Dato Sri Annuar Musa. Sorakan dan tepukan sentiasa mengiringi ucapan.
Peserta kemudian diraikan dengan jamuan tengahari di khemah khas.Sekali lagi para peminat menyerbu dan 'mengganggu' para wira kita di khemah berkenaan. Dapat dilihat betapa orang Gua Musang begitu teruja dengan keadaan ini.
Dianggarkan 2000-2500 peminat membanjiri Dataran Kesedar. Mungkin sempena PRK Galas, keadaan menjadi lebih sesak lagi. Markah parti kosong sekejap!, semua bertumpu ke situ tanpa menghiraukan pegangan politik masing-masing. Hebatnya bola, hingga mereka dapat 'letak tepi' parti masing-masing.
Tahniah The Red Warriors!! Tahun depan InsyaAllah lebih cemerlang lagi. Gomo Kelate Gomo!
[ media (radio) melaporkan lebih 5,000 hadir!, ambo yang hadir rasanya 'terover' tu, kalau 5,000 mana muat dataran tu. Tapi ambo faham media dah terbiasa melaporkan lebih angka dari body,mungkin terbawa-bawa dengan perang saraf pilihanraya. Ramai juga yang terkilan kerana tiada agenda memperkenalkan pemain dan pegawai, saf depan pentas dipenuhi dengan orang politik ; kita kna fahamlah ni kan musim PRK!.Lebih terkilan lagi ucapan turut diselitkan dengan kempen dan usaha menaikkan nama sesetengah pihak, tapi apa nak buat, bila lagi!!!..tapi kalau mereka faham bahawa di bawah sana (pengunjung) terdiri dari pelbagai fahaman politik sebaiknya jangan la terlalu nampak. Apapun selamat maju jaya!]

Tiada ulasan: