BioSunnah.biz

PAS masuk UMNO lagi!

Sinar Harian -Sabtu 23 April 2011 melaporkan 80 ore PAS di Cherang Rotan dan Bukit Abal masuk UMNO.Penyerahan borang permohonan diketuai oleh bekas Tok Ngulu kepada Ketua Bahagian Pasir Puteh, Cikgu Zawawi. Antara alasan yang diberi ialah :
1) PAS bersekutu dengan PKR dan DAP
2) Agama diguna untuk kepentingan  politik
3) Perjuangan PAS makin mengelirukan
4) Kegagalan PAS membangunkan rohani dan jasmani
5) PAS tidak mampu menyediakan kemudahan dan prasarana berbanding UMNO

Nampaknya setiap minggu ada program PAS masuk UMNO. Adakah ini kesan kempen Gelombang Merah yang dlancarkan oleh UMNO Kelantan. Kalau trend ini berterusan rasanya ahli PAS akan 'pupus' dalam masa 2-3 bulan lagi.

Berita begini kita selalu dengar berlaku di negeri lain, hingga kita ingat parti PAS tinggal ketuanya saja kini. Tapi bila Pilihanraya mari, undian makin meningkat pada parti yang dikatakan semakin ditinggalkan. Ini ditimbulkan bukan apa, hanya untuk mengingatkan sesama kita, tak kira laperti mana pun..kadang2 kita selalu anjur dan buat program yang 'syok sendiri', hakikatnya tak lah se'gah' mana pun!.

Sebenarnya, kita rakyat ni bukan nok tengok majlis sebegini tapi kita nok tengok kerja buat ; samada program rohani atau jasmani. Sapo yang terkedepan, parti itula akan dipilih, itu konsep politik ore Kelate. Konsep yang dipegang oleh golongan 'atas pagar', golongan yang menentukan kemenangan sesebuah parti politik Kelate. Jange peduli la golongan taksub ( nasiolisme @ islamic), puok ni kata gapo pun mereka tetap dengan parti mereka.
[teringat tahun 70 dan 80 an zaman kegemilangan UMNO Selising, selalu dengar perbualan politik saing2 ayoh ambo.." kalu letok pok katok pun kawe akan pangkah Kapal Layar.." fanatik sungguh politik masa tu!]

Tiada ulasan: