BioSunnah.biz

Isu Seks Tempias Ke Selising

Bukan lagi satu yang pelik, di Malaysia yang diikhtiraf negara Islam tapi bila lihat mainan politik negara barat yang kafir pun tidak sejijik ini. Kita setuju sangat bila PM Najib memberikan kenyataan bahawa UMNO/Kerajaan tidak terlibat dengan isu Trio Dato T.
Malangnya ada segelintir yang tidak sehaluan dengan PM, walaupun dari kalangan UMNO sendiri, mereka tidak mematuhi kenyataan PM. Presiden UMNO, pemimpin mereka sendiri.Malah isu seks yang jijik ini telah menjadi makanan terkini puak-puak serpihan ini, contohnya isu terbaru yang selalu dimainkan oleh segelintir pengkhianat dalam UMNO sendiri terutama di Kelantan, khususnya di Selising. Isunya ialah YB PAS Selising ada skandal seks.(cari dalam FB ).
Tetapi sebagai salah satu parti, PAS juga perlu memberikan perhatian kepada perkara ini. Memang ini sepak terajang dalam politik Malaysia, tapi tindakan perlu dibuat. Secara terang pihak yang memainkan isu jijik ini mencabar agar mereka disaman jika mereka salah. Dengan berdiam diri tanpa menjawab bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
[Kalau nak tahu lebih lanjut mainan jijik dan kotor ini sila cari dalam Facebook melalui nama-nama yang tertera dalam komen-komen di atas. Kita kesal sangat, hanya kerana Anwar seorang habis satu Malaysia, dari kanak-kanak ke orang tua, didedahkan video lucah oleh media cetak dan elektronik. Mereka sanggup gadaikan moral dan persepsi semua rakyat Malaysia demi cinta-cita politik. Mereka inilah pengkhianat bangsa sebenarnya. Cukuplah komen dan ulasan tentang Anuar bukannya menayangkan video lucah dalam TV atau gambar-gambar lucah di akhbar utama]

Tiada ulasan: