BioSunnah.biz

Stadium di Bukit Merbau ?

Mei,2011 - Ada khabar gembira kepada warga Selising! Stadium baru dikatakan akan dibina di Bukit Merbau, Selising.
Walau mungkin jauh dari Kota Bharu, lokasi tersebut sememangnya sesuai kerana dapat mengelak kesesakan dan kecelaruan perhubungan.
Jika ini adalah benar, maka penduduk Selising kususnya Bukit Merbau dan Bukit Bidang akan merasai satu lagi nikmat pembangunan . Peluang orang kampung untuk menambah pendapatan samada terlibat dalam perniagaan sampingan atau berpeluang menikmati kenaikan nilai hartanah.
Mungkin orang Selising boleh mula mencongak-congak apa yang hendak dilakukan demi merebut kemungkinan peluang yang akan tiba. jangan hairan jika munculnya 'broker' yang sememangnya bijak mengesksploitasi situasi.
[ InsyaAllah limpahan rezeki bakal melanda Selising dan Kok Lanas. telah lama Pekan Selising 'tidur' dan kerancakan ekonomi terlalu perlahan bergerak sejak tahun 80 an. Walau Pekan Selising nampak gah tapi pembangunan fizikal tampak tertinggal berbanding pekan lain seperti Kok Lanas dan Melur. Semoga berita ini jadi kenyataan,]

Tiada ulasan: