BioSunnah.biz

Main Rebut Kerusi

Tujuh pemain dari dua kelompok berbeza telah memilih untuk menyertai acara berebut kerusi dalam Pesta PRU nanti. Selising, antara DUN paling sensitif, sedikit kesilapan maka Wakil rakyatnya pasti akan disingkir!. Di sini kita tidak boleh berpegang kepada kesetiaan pada parti, terlalu ramai atas pagar' yang akan menukar warna bajunya dan jiwanya bila ada sesuatu tidak kena.
Dua kelompok, walau nampak tenang sebenarnya sedang hebat berkonfrontasi dan mengebahkan propaganda demi memenangi serta mempengaruhi pengundi. Berbagai acara telah dibuat ; samada mengekploitasi segala yang boleh dieksploitasi ( tanpa mempedulikan persepsi marahain). Berbagai kaedah dan pendekatan digunakan, ada yang guna kemudahan kerajaan kerana kononnya kerajaan itu parti dia, parti dia tu kerajaan. Maka berlakulah salahguna dan pecah amanah tanpa rasa bersalah.
Ada juga menjadikan mimbar dan serambi masjid tanpa mempedulikan sensitiviti ahli kariah lain. Adab berkata-kata dan privasi pun diketepikan.
Sambung tentang tujuh pemain berebut satu kerusi; dua kelompok dari warna parti berbeza. Dalam kelompok yang sama pun nampak ada berlaku lobi melobi utk menjadi calon parti.
[Suatu ketika dulu Selising adalah pusat gerakan dua parti utama, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat komersil kecil. Kegemilangannya telah meletakkan nama Ayah Mat Bakar dan barisan Tok Nebel yang berkhidmat dengan dedikasi. Disokong pula dengan cikgu-cikgu yang ternama seperti Cikgu Yahya, Cikgu Man Yassin dan lain-lain. Kini ? nampak pudar dan kurang bermaya. Adakah ini menunjukkan generasi baru tidak menunjukkan ideologi mereka ?..atau mereka telah 'letih' dan 'jemu' dengan politiking melampau yang tidak menjurus kepada pencapaian agama dan bangsa ?..]

Tiada ulasan: