BioSunnah.biz

Guri Emas

Ini fenomena yang sempat dirakam oleh Ladin Nuawi di lokasi yang orang Selising sepatutnya tahu. Indah memang indah, melihat dan berfikirnya tentangya pasti mendatangkan ketenangan. Memuji penciptaNya pula pastikan menjanjikan pahala untuk kita.

Pencari Harta
Suatu ketika dulu, pemburu harta berusaha mencari di mana hujung pelangi untuk mendapatkan guri emas yang menjanjikan kekayaan. Pencari harta sekarang pula akan membilang jaluran dan membuat kira-kira hingga keluar satu nombor yang 'ong' dan mempertaruhkan duit
yang ada untuk laba yang diyakini. Dosa pahala ?

Pemuji Ilahi
Mengucap dan memuji penciptaNya. Manusia mampu melihat dan menikmati keindahan sahaja, bukanya menciptanya. Selain gabungan titisan air dan cahaya matahari, pasti ada 'resipi' lain yang Dia rahsiakan untuk dikaji oleh kita. Ciptaannya bukan saja-saja untuk dinikmati secara deria, pasti ada sesuatu yang diselitkan sekali. Kajilah, pasti mendapat pahala.

[ Suatu ketika dulu, kebanyakan  bekalan air adalah dari perigi di luar rumah. Ada perigi yang di simen (kerek telaga) dan ada yang berpagar kayu sahaja. Airnya sangat sejuk dan 'manis', boleh diminum terus dari perigi tanpa takut keracunan. Sesuatu yang seronok masa mandi tengahari ialah memasukkan air dalam mulut dan sembur ke arah cahaya dan terhasil pelangi yang indah..seronok jangan cerita. ]

Tiada ulasan: