BioSunnah.biz

Rosak Lagi!

Rosak lagi! itulah ungkapan yang menjadi perbualan di mana-mana kedai kopi, wakaf-wakaf atau tempat menunggu motor tambang di kedai Selising. Malah itulah yang diucapkan setiap kali seseorang menghala ke kedai melui cabang tiga Selising, depan balai polis.
Bagi sesiapa yang melalui jalan itu, menghala ke kedai Selising pasti merungut dan lebih teruk lagi menyumpah-nyumpah pihak yang diberi kontrak menurap jalan tersebut. Menguatkan lagi persepsi tentang agihan kontrak dan mutu kontraktor di negara kita. Malah bagi pihak yang berkepentingan, inilah masa menghentam pihak lawannya.kononya inilah contoh projek anugerah politik!.
Inilah masanya untuk menambah hujah bahawa nilai-nilai rasuah dan salah guna kuasa begitu berleluasa.

Apapun yang diperkatakan, yang pasti sekali lagi duit rakyat dileburkan dipermukaan bumi sebagai projek sia-sia.
Lampu isyarat, alhamdulillah telah membantu mengatasi masalah trafik keluar masuk dari jalan besar (Kota Bharu-Pasir Puteh) ke kedai Selising namun rosaknya jalan di situ dengan begitu teruk menjadikan rasa bangga pada kemudahan itu sedikit tercalar.
Diharap selepas ini, bajet yng dikeluarkan biarlah besar agar permukaan yang rata kukuh dan lambat berlubang-lubang.Ingat PRU bila-bila masa dari sekarang dan dari situ dapat 10 undi kira memadai!.
[ Hok peliknya cabang tigo Kok Lanas tok jadi gini pulok! mana silapnya? so lagi perangai ore Selising ni serupo ore ulu,tok kira warna langgar belako, merah ko, kuning ko. kalu takdok kenderaan lain lalu, demo ni gi selaluh...]

Tiada ulasan: