BioSunnah.biz

Suatu Pagi Jumaat DI Pasar Selising

Masuk saja ke zon itu, banyak perkara dan kejadian yang boleh dilihat.Sesuatu yang boleh menjadi kenangan dan boleh membangkitkan nostalgia di kalangan mereka yang telah lama ‘pergi mari’ dalam zon itu. Menjadi memori dan ingin sentiasa di alami bagi mereka yang sekali sekala balik dari rantauan.
Pagi jumaat bukanlah pagi yang ‘menyesakkan’ di sekitar situ, tapi ada aktiviti yang menunjukkan Kedai Selising ada identiti tersendiri dan amat senang untuk dijadikan ‘detik’ yang dirindui. Masuk saja zon tersebut, ada sekelompok manusia istimewa yang mentelaah berita percuma dari gerai akhbar Bidi. Paling istimewa adalah si Bidi sendiri, tauke gerai akhbar yang membenarkan sesiap sahaja membaca akhbar jualannya tanpa rungutan, tidak pernah mendengar rungutannya tentang itu!. Pembaca-pembaca ini dikatakan istimewa kerana terdiri dari beberapa kelompok yang berbeza ideology politik, berbeza minat, berbeza kecenderungan dan berbeza apa yang dicari. Semoga ‘dosa’ mereka yang mencari keputusan toto tidak terpalit kepada Bidi.
Manakala di bawah teduhan wakaf ‘stesyen’ motosikal ada beberapa pemilik motosikal sewa menunggu pelanggan. Satu perkhidmatan yang amat mulia, walau untuk beberapa ringgit sahaja mereka sanggup hantar pelanggan ke mana sahaja. Ada juga kaki lepak, bukan pelanggan bukan pembaca ‘free’, tapi sememangnya di situ stesyen bertemu rakan atau menunggu seseorang. Jika ingin mencari kawan lama (perantau), tunggulah di situ, insyaAllah ada pertemuan.
Selangkah dari wakaf itu, terdapat satu gerai (wakaf) jual daging lembu, segar dari sembelihan paginya. Satu ‘risiko perniagaan’ yang begitu tinggi tapi ditangani oleh si peniaga hampir setiap hari. Hebat sungguh orang Kelantan, berani menghadapi risiko yang calang-calang  orang boleh hadapi. Jika anda dirantauan jangan harap melihat fenomena perniagaan ini. Sipenjual pula bukan calang-calang orang, Tok Imam Masjid Selising sendiri bersama 2-3 orang penjual daging tegar sejak puluhan tahun dulu lagi.
Depan gerai daging, seberang jalan kelihatan anak muda sedang berlatih kemahiran bolasepak. Semangat bola sememangnya hebat di kalangan orang Selising. Sejarah bola sangat hebat , Bukit Abal, Kedai Selising, Alor HIjau, Banggol, Berangan merupakan kuasa bolasepak di Selising. Bolasepak berjaya menyatukan orang Selising walau suatu masa menjadi punca pergaduhan antara kampung. Padang bola Selising sememangnya amat nostalgic samada dia adalah pemain atau dia adalah penonton. Kemeriahan suatu masa dulu amat dikenang dan setiap kali ada kemeriahan yang sama masakini, maka terimbaulah kita kepada mereka yang telah pergi selamanya.

Rosak Lagi!

Rosak lagi! itulah ungkapan yang menjadi perbualan di mana-mana kedai kopi, wakaf-wakaf atau tempat menunggu motor tambang di kedai Selising. Malah itulah yang diucapkan setiap kali seseorang menghala ke kedai melui cabang tiga Selising, depan balai polis.
Bagi sesiapa yang melalui jalan itu, menghala ke kedai Selising pasti merungut dan lebih teruk lagi menyumpah-nyumpah pihak yang diberi kontrak menurap jalan tersebut. Menguatkan lagi persepsi tentang agihan kontrak dan mutu kontraktor di negara kita. Malah bagi pihak yang berkepentingan, inilah masa menghentam pihak lawannya.kononya inilah contoh projek anugerah politik!.
Inilah masanya untuk menambah hujah bahawa nilai-nilai rasuah dan salah guna kuasa begitu berleluasa.

Guri Emas

Ini fenomena yang sempat dirakam oleh Ladin Nuawi di lokasi yang orang Selising sepatutnya tahu. Indah memang indah, melihat dan berfikirnya tentangya pasti mendatangkan ketenangan. Memuji penciptaNya pula pastikan menjanjikan pahala untuk kita.

Pencari Harta
Suatu ketika dulu, pemburu harta berusaha mencari di mana hujung pelangi untuk mendapatkan guri emas yang menjanjikan kekayaan. Pencari harta sekarang pula akan membilang jaluran dan membuat kira-kira hingga keluar satu nombor yang 'ong' dan mempertaruhkan duit

Main Rebut Kerusi

Tujuh pemain dari dua kelompok berbeza telah memilih untuk menyertai acara berebut kerusi dalam Pesta PRU nanti. Selising, antara DUN paling sensitif, sedikit kesilapan maka Wakil rakyatnya pasti akan disingkir!. Di sini kita tidak boleh berpegang kepada kesetiaan pada parti, terlalu ramai atas pagar' yang akan menukar warna bajunya dan jiwanya bila ada sesuatu tidak kena.
Dua kelompok, walau nampak tenang sebenarnya sedang hebat berkonfrontasi dan mengebahkan propaganda demi memenangi serta mempengaruhi pengundi. Berbagai acara telah dibuat ; samada mengekploitasi segala yang boleh dieksploitasi ( tanpa mempedulikan persepsi marahain). Berbagai kaedah dan pendekatan digunakan, ada yang guna kemudahan kerajaan kerana kononnya kerajaan itu parti dia, parti dia tu kerajaan. Maka berlakulah salahguna dan pecah amanah tanpa rasa bersalah.

Bola Islamic

InsyaAllah kalau tiada aral melintang ( sabotaj dan mainan politik) stadium The Red Warrior akan terbina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kompleks sukan yang canggih. Dengan perancangan stadium dilengkapkan dengan surau dan kolam renang yang memisahkan lelaki dan perempuan, nampaknya sekali lagi Kelantan akan menerajui perubahan.
Sebelum ini pun kita dapat saksikan satu fenomena yang tidak berlaku di tempat lain. Sebelum masuk stadium, penyokong akan bersolat di luar stadium manakala dalam stadium bagi penyokokng yang masuk awal, mereka juga melakukan perkara sama.
Begitulah uniknya orang Kelantan, solat tetap diutamakan!.
Jadi kita teruja bila Menteri Besar Kelantan mengumumkan stadium baru dengan kemudahan tempat solat yang selesa. kalau ada yang masih pertikaikan hajat ini amat malanglah .