MAJLIS MALAM MESRA AIDIL FITRI
(REUNION ) BEKAS PELAJAR SK BUKIT JAWA
.................................................................................................................................
Salam Aidil Fitri
Dimaklumkan J/Kuasa penaja Bekas Murid SK Bukit Jawa, Pasir Puteh dengan kerjasama PIBG Sekolah menjemput SEMUA bekas palajar sekolah ini hadir sebagaimana berikut :
Tarikh : 21/8/2012 (Selasa) - Raya ke 3
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Sekolah
Majlis diadakan adalah untuk sama-sama kita, bekas pelajar SKBJ dapat bertemu muka dan mengimbau kembali nostalgia yang pernah kita alami bersama.InsyaALlah rasa ukuwah sesama kita pun pasti akan kembali dan semakin erat.
Perantau-perantau amat dialukan hadir dan diminta war-warkan dalam Facebook/Twitter/Blog atau laman WEB .
Aturcara :
8.30 mlm - berkumpul
9.00 mlm - Ucapan Pengerusi Penaja, Cikgu Rosli (Cikgu Mi )Abd Rahman (Guru Besar SKBJ)
- Ucapan Penaung - Dato Hj Sukri Mohamad
Ribut Melanda Selising
3/7/2012
Lokasi : Bazar Ramadhan Kedai Selising
Tanpa amaran, tiba datang ribut membadai dari arah kedai ke padang bola menerbangkan bangsal MDPP bazar Ramdhan. Kawasan paling teruk berdekatan cabang masjid. Kawasan itu lebih terbuka berbanding bangsal lain yang dilindungi bangunan/ gudang kedai minimarket.
Kerosakan agak teruk, dimanat tinggal tiang saja sebagai penanda adanya bangsal di situ. Mengikur salah seorang penjual, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana berlaku tiba-tiba. Bukan setakan bahan jualan, wang hasil jualan juga tidak sempat diselamatkan.
Ribut dikatakan berhenti setelah ada insan yang arif melaungkan azan berulang kali. Alhamdulillah tiada kecederaan jiwa.
Sempena ramdhan ini marilah kita insafi diri dengan bermuhasah, mengapa Dia mengirim ribut kepada kita pada hari itu ?

Keda patti, panggung Q & keda merket
Catatan Tenggiling Tanah via blognya : http://tenggiling-tanah.blogspot.comRabu, 5 Oktober 2011
Keda patti, panggung Q & keda merket
3 khazanah yang begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak aku keda patti, panggung Q dan persekitaran keda merket yang belum diupgradekan. Mungkin kerana masa yang sempat aku nikmati terlalu singkat bersama khazanah yang 3 ni. Mungkin ada orang lain mempunyai versi mereka sendiri.
Seingat aku, hanya sekali aku menonton wayang di panggung Q. Itu pun masuk free.. ada teknik dan tektiknya, kita cuma perlu tunngu kat depan pintu panggung tu, bila ada orang dewasa masuk seorang apalagi kita pun mencelahlah dengan dia. Budak-budak tak kena tiket kot masa tu...entahlah. Masa tu aku tengok cerita 'belang bertanda'...ataupun 'loceng maut'. lupa pulak. Tapi bab promosi panggung memang klasik, dia orang akan pusing kampong mengedarkan iklan (sakela) tentang cerita yang akan main nanti. Budak-budak memang akan kejar van yang mengedarkan sakela tu. Keadaan panggung masa tu... tanah tanpa simen atau apa-apa jenis lantai pun. Tinggi dibelakang dan makin rendah kedepan. Tiket paling murah dop depan la.. Bila nak balik lepas tengok wayang tu merupakan cabaran yang paling kuat. Mana taknya, jam 11 malam. Takut kat anjing liar lain kat hantu lain... Memang rasa nak menangis sementara sampai rumah. Dan satu lagi, seingat aku mok dan chek aku tak pernah marah pulak....

Padang Bola Selising :Pasti Dirindui Sesiapa Juga
Banyak sangat kenangan di sini, tak kira siapa pun dia atau dari
generasi mana pun dia. Banyak peristiwa berlaku, malah banyak peristiwa
lain yang boleh dikaitkan dengannya. Lokasi di tengah Pekan Selising
dikelilingi bangunan kerajaan, gudang perniagaan, tapak 'kedai sari',
rumah-rumah persendirian, Pasar Besar dan Pusat Giat MARA.
Untuk bacaan generasi baru dan untuk mengimbau kenangan generasi lama, akan cuba digambarkan keadaan Padang Bola Selising suatu ketika dulu semoga kita dapat menghargai apa yang ada kini.
Dulu, di tepi padang ada sebatang pokok 'pauh' yang rendang dan besar. Berteduh di bawahnya gerai Abe Nor Bukit Jawa. Air 'Belede' dan goreng pisang yang tak mungkin dilupakan oleh pelanggannya. Dengan sepuluh sen sudah cukup untuk menikmati air beleda hitam (cincau) Abe Nor!.
Pokok pauh ini ada cerita tersendiri, bukan pasal mistik (sebab tidak pernah ada cerita orang kampung di'kosek'), tapi cerita tentang lokasi 'port' orang gedebe tunggu musuhnya. Selalu berlaku pergaduhan antara orang gedebe Selising, Banggol, Seligi atau Bukit Merbau. kekalutan ini menyebabkan peminpin tempatan telah membuat keputusan untuk menebang pokok bersejarah ini dengan harapan 'reda' permusuhan antara kampung ini. Maka sekitar tahun 80an maka tumbanglah monumen bersejarah ini..walau 'peperangan. antara orang gedebe tidak juga reda.

Sisi Kedai Kopi Sleman Kudung
Berada di satu sudut mengadap 'alik naik' di kedai kopi Sleman Kudung dalam Pasar (Merket) Selising,seolah-seolah berada di zon tidak bergerak masanya. Terlalu banyak perkaitan antara tahun-tahun 60,70,80,90 dan era ini. Mungkin ada perbezaan fizikal, tapi apa yang tersirat yang boleh dirasai oleh jiwa atau oleh mereka yang ada 'urusan' di sini pasti terasa terlalu banyak perkaitan.
Apa yang ingin dipaparkan ialah tentang personal yang bergelar penjual, pengunjung kedai kopi atau pembeli keperluan harian.
Penjual : Warisan adalah yg paling menguasai. Paling menarik , si penjual adalah dari pelusuk ceruk kampung di mukim Selising.
Legasi : Di bawah sana ; Ada penjual sayur, penjual ikan dan penjual ayam, samada masih orang sama atau mereka yang mewarisi. Kak Jah bermula rasanya sejak tahun 80 an lagi, bersusah payah membesarkan anak setelah kematian suami dan kini anak-anak pula membantu. Kak Da Gemuloh Amat mewarisi perniagaan dan pelanggan tetap dari Mok Toh Pok Dik Tok Ngulu . Juga kematian suami dan kini mewarisi perniagaan bersama anak-anak. Begitu juga Kak Da Jini, si penjual ayam yang mewarisi tapak jual ayam dan kedai runcit dari suaminya (yang juga anak Mok Toh!).

Suatu Pagi Jumaat DI Pasar Selising
Masuk saja ke zon itu, banyak perkara dan kejadian yang boleh dilihat.Sesuatu yang boleh menjadi kenangan dan boleh membangkitkan nostalgia di kalangan mereka yang telah lama ‘pergi mari’ dalam zon itu. Menjadi memori dan ingin sentiasa di alami bagi mereka yang sekali sekala balik dari rantauan.
Pagi jumaat bukanlah pagi yang ‘menyesakkan’ di sekitar situ, tapi ada aktiviti yang menunjukkan Kedai Selising ada identiti tersendiri dan amat senang untuk dijadikan ‘detik’ yang dirindui. Masuk saja zon tersebut, ada sekelompok manusia istimewa yang mentelaah berita percuma dari gerai akhbar Bidi. Paling istimewa adalah si Bidi sendiri, tauke gerai akhbar yang membenarkan sesiap sahaja membaca akhbar jualannya tanpa rungutan, tidak pernah mendengar rungutannya tentang itu!. Pembaca-pembaca ini dikatakan istimewa kerana terdiri dari beberapa kelompok yang berbeza ideology politik, berbeza minat, berbeza kecenderungan dan berbeza apa yang dicari. Semoga ‘dosa’ mereka yang mencari keputusan toto tidak terpalit kepada Bidi.
Manakala di bawah teduhan wakaf ‘stesyen’ motosikal ada beberapa pemilik motosikal sewa menunggu pelanggan. Satu perkhidmatan yang amat mulia, walau untuk beberapa ringgit sahaja mereka sanggup hantar pelanggan ke mana sahaja. Ada juga kaki lepak, bukan pelanggan bukan pembaca ‘free’, tapi sememangnya di situ stesyen bertemu rakan atau menunggu seseorang. Jika ingin mencari kawan lama (perantau), tunggulah di situ, insyaAllah ada pertemuan.
Selangkah dari wakaf itu, terdapat satu gerai (wakaf) jual daging lembu, segar dari sembelihan paginya. Satu ‘risiko perniagaan’ yang begitu tinggi tapi ditangani oleh si peniaga hampir setiap hari. Hebat sungguh orang Kelantan, berani menghadapi risiko yang calang-calang orang boleh hadapi. Jika anda dirantauan jangan harap melihat fenomena perniagaan ini. Sipenjual pula bukan calang-calang orang, Tok Imam Masjid Selising sendiri bersama 2-3 orang penjual daging tegar sejak puluhan tahun dulu lagi.
Depan gerai daging, seberang jalan kelihatan anak muda sedang berlatih kemahiran bolasepak. Semangat bola sememangnya hebat di kalangan orang Selising. Sejarah bola sangat hebat , Bukit Abal, Kedai Selising, Alor HIjau, Banggol, Berangan merupakan kuasa bolasepak di Selising. Bolasepak berjaya menyatukan orang Selising walau suatu masa menjadi punca pergaduhan antara kampung. Padang bola Selising sememangnya amat nostalgic samada dia adalah pemain atau dia adalah penonton. Kemeriahan suatu masa dulu amat dikenang dan setiap kali ada kemeriahan yang sama masakini, maka terimbaulah kita kepada mereka yang telah pergi selamanya.
Rosak Lagi!
Rosak lagi! itulah ungkapan yang menjadi perbualan di mana-mana kedai kopi, wakaf-wakaf atau tempat menunggu motor tambang di kedai Selising. Malah itulah yang diucapkan setiap kali seseorang menghala ke kedai melui cabang tiga Selising, depan balai polis.
Bagi sesiapa yang melalui jalan itu, menghala ke kedai Selising pasti merungut dan lebih teruk lagi menyumpah-nyumpah pihak yang diberi kontrak menurap jalan tersebut. Menguatkan lagi persepsi tentang agihan kontrak dan mutu kontraktor di negara kita. Malah bagi pihak yang berkepentingan, inilah masa menghentam pihak lawannya.kononya inilah contoh projek anugerah politik!.
Inilah masanya untuk menambah hujah bahawa nilai-nilai rasuah dan salah guna kuasa begitu berleluasa.

Guri Emas
Ini fenomena yang sempat dirakam oleh Ladin Nuawi di lokasi yang orang Selising sepatutnya tahu. Indah memang indah, melihat dan berfikirnya tentangya pasti mendatangkan ketenangan. Memuji penciptaNya pula pastikan menjanjikan pahala untuk kita.
Pencari Harta
Suatu ketika dulu, pemburu harta berusaha mencari di mana hujung pelangi untuk mendapatkan guri emas yang menjanjikan kekayaan. Pencari harta sekarang pula akan membilang jaluran dan membuat kira-kira hingga keluar satu nombor yang 'ong' dan mempertaruhkan duit
Main Rebut Kerusi
Tujuh pemain dari dua kelompok berbeza telah memilih untuk menyertai acara berebut kerusi dalam Pesta PRU nanti. Selising, antara DUN paling sensitif, sedikit kesilapan maka Wakil rakyatnya pasti akan disingkir!. Di sini kita tidak boleh berpegang kepada kesetiaan pada parti, terlalu ramai atas pagar' yang akan menukar warna bajunya dan jiwanya bila ada sesuatu tidak kena.
Dua kelompok, walau nampak tenang sebenarnya sedang hebat berkonfrontasi dan mengebahkan propaganda demi memenangi serta mempengaruhi pengundi. Berbagai acara telah dibuat ; samada mengekploitasi segala yang boleh dieksploitasi ( tanpa mempedulikan persepsi marahain). Berbagai kaedah dan pendekatan digunakan, ada yang guna kemudahan kerajaan kerana kononnya kerajaan itu parti dia, parti dia tu kerajaan. Maka berlakulah salahguna dan pecah amanah tanpa rasa bersalah.
Bola Islamic
InsyaAllah kalau tiada aral melintang ( sabotaj dan mainan politik) stadium The Red Warrior akan terbina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kompleks sukan yang canggih. Dengan perancangan stadium dilengkapkan dengan surau dan kolam renang yang memisahkan lelaki dan perempuan, nampaknya sekali lagi Kelantan akan menerajui perubahan.
Sebelum ini pun kita dapat saksikan satu fenomena yang tidak berlaku di tempat lain. Sebelum masuk stadium, penyokong akan bersolat di luar stadium manakala dalam stadium bagi penyokokng yang masuk awal, mereka juga melakukan perkara sama.
Begitulah uniknya orang Kelantan, solat tetap diutamakan!.
Jadi kita teruja bila Menteri Besar Kelantan mengumumkan stadium baru dengan kemudahan tempat solat yang selesa. kalau ada yang masih pertikaikan hajat ini amat malanglah .

Stadium di Bukit Merbau ?
Mei,2011 - Ada khabar gembira kepada warga Selising! Stadium baru dikatakan akan dibina di Bukit Merbau, Selising.
Walau mungkin jauh dari Kota Bharu, lokasi tersebut sememangnya sesuai kerana dapat mengelak kesesakan dan kecelaruan perhubungan.
Jika ini adalah benar, maka penduduk Selising kususnya Bukit Merbau dan Bukit Bidang akan merasai satu lagi nikmat pembangunan . Peluang orang kampung untuk menambah pendapatan samada terlibat dalam perniagaan sampingan atau berpeluang menikmati kenaikan nilai hartanah.
Mungkin orang Selising boleh mula mencongak-congak apa yang hendak dilakukan demi merebut kemungkinan peluang yang akan tiba. jangan hairan jika munculnya 'broker' yang sememangnya bijak mengesksploitasi situasi.
[ InsyaAllah limpahan rezeki bakal melanda Selising dan Kok Lanas. telah lama Pekan Selising 'tidur' dan kerancakan ekonomi terlalu perlahan bergerak sejak tahun 80 an. Walau Pekan Selising nampak gah tapi pembangunan fizikal tampak tertinggal berbanding pekan lain seperti Kok Lanas dan Melur. Semoga berita ini jadi kenyataan,]

Isu Seks Tempias Ke Selising
Bukan lagi satu yang pelik, di Malaysia yang diikhtiraf negara Islam tapi bila lihat mainan politik negara barat yang kafir pun tidak sejijik ini. Kita setuju sangat bila PM Najib memberikan kenyataan bahawa UMNO/Kerajaan tidak terlibat dengan isu Trio Dato T.
Malangnya ada segelintir yang tidak sehaluan dengan PM, walaupun dari kalangan UMNO sendiri, mereka tidak mematuhi kenyataan PM. Presiden UMNO, pemimpin mereka sendiri.Malah isu seks yang jijik ini telah menjadi makanan terkini puak-puak serpihan ini, contohnya isu terbaru yang selalu dimainkan oleh segelintir pengkhianat dalam UMNO sendiri terutama di Kelantan, khususnya di Selising. Isunya ialah YB PAS Selising ada skandal seks.(cari dalam FB ).
Tetapi sebagai salah satu parti, PAS juga perlu memberikan perhatian kepada perkara ini. Memang ini sepak terajang dalam politik Malaysia, tapi tindakan perlu dibuat. Secara terang pihak yang memainkan isu jijik ini mencabar agar mereka disaman jika mereka salah. Dengan berdiam diri tanpa menjawab bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
[Kalau nak tahu lebih lanjut mainan jijik dan kotor ini sila cari dalam Facebook melalui nama-nama yang tertera dalam komen-komen di atas. Kita kesal sangat, hanya kerana Anwar seorang habis satu Malaysia, dari kanak-kanak ke orang tua, didedahkan video lucah oleh media cetak dan elektronik. Mereka sanggup gadaikan moral dan persepsi semua rakyat Malaysia demi cinta-cita politik. Mereka inilah pengkhianat bangsa sebenarnya. Cukuplah komen dan ulasan tentang Anuar bukannya menayangkan video lucah dalam TV atau gambar-gambar lucah di akhbar utama]

PAS masuk UMNO lagi!
Sinar Harian -Sabtu 23 April 2011 melaporkan 80 ore PAS di Cherang Rotan dan Bukit Abal masuk UMNO.Penyerahan borang permohonan diketuai oleh bekas Tok Ngulu kepada Ketua Bahagian Pasir Puteh, Cikgu Zawawi. Antara alasan yang diberi ialah :
1) PAS bersekutu dengan PKR dan DAP
1) PAS bersekutu dengan PKR dan DAP
Politik Selising
Petikan Dari Selising Indah - Post FB Abe Man (Ladin Nuawi )
Selising Indah . HEBAT ORE SELISING. Bila habis musim mengundi, ore selising ketepikan parti. Susah nak nak cari dah kapong2 dale Malaysia ye
tak
taksub ko parti (denge pase bendera parti koksir2. syabas ore selising.
[Markah PAS bucu padang bola Selising, ayat 'tak taksub ko parti..' dale sungguh! sampai tak ccaro ko imej parti..serebeh]
BENDERA MEGAH BERKIBAR. meskipun uzur bendera kebanggaan tetap berkibar.
[biso ayat Abe Man,; rasanya ada bendera UMNO sekali tu, takdok ko sapo2 ore kuat UMNO perase dan raso ada sesuatu tak keno! parti hebat parti bendero pun tokleh jago]
Selising Indah . HEBAT ORE SELISING. Bila habis musim mengundi, ore selising ketepikan parti. Susah nak nak cari dah kapong2 dale Malaysia ye
tak
taksub ko parti (denge pase bendera parti koksir2. syabas ore selising.[Markah PAS bucu padang bola Selising, ayat 'tak taksub ko parti..' dale sungguh! sampai tak ccaro ko imej parti..serebeh]
BENDERA MEGAH BERKIBAR. meskipun uzur bendera kebanggaan tetap berkibar.
[biso ayat Abe Man,; rasanya ada bendera UMNO sekali tu, takdok ko sapo2 ore kuat UMNO perase dan raso ada sesuatu tak keno! parti hebat parti bendero pun tokleh jago]
Daulat Tuanku
Rakyat Selising merakamkan jutaan terim kasih dan rasa sangat berbesar hati kerana kesudian DYMM Sultan Muhamad ke V mencemar duli hadir ke Selising. Sesungguhnya kehadiran tuanku banyak memberi menafaat kepada hamba rakyat.Selain dapat menatap dan beramah mesra dengan tuanku, raja berjiwa rakyat kami juga mendapat 'jalan baru' yang bertar.
Inilah dikatakan tuah dan berkat raja yang disenangi rakyat, sentiasa mendapat doa ikhlas dari rakyatnya. setelah dibelenggu bertahun-tahun dengan jalan yang berlubang dan berlopak-lopak, alhamdulillah dengan kehadiran tuanku, selesai masalah berkenaan dalam masa 2-3 hari sahaja.
Tuanku memang bijak ! Semoga panjang umur .

Khutbah Jumaat 25 Feb 2011 Di Masjid Selising
PERKARA 'MUDAH' TAPI DIABAIKAN
Amat terkesan khutbah hari ini, isu semasa tentang perangai orang kita (Melayu Islam) yang dibanggakan lemah lembut dan bertolak ansur tapi bila dalam hal tertentu menampakkan sebaliknya. khatib menekankan perlunya perubahan demi membaiki imej Islam:Antara yang perlu diubah demi menjaga ' hablum minannas'.
1) Jangan memotong Q semasa jalan 'jammed' ( mementingkan diri sendiri dan menafikan hak orang lain yang telah lama beratur.
2) Memberi 'signal' bila membelok!
3) Jangan 'parking' di depan kenderaan jemaah lain seandainya kita benriat hendak berzikir panjang dalam masjid semasa sembahyang jumaat.
4) Jangan membuat keluar sampah termasuk puntung rokok semasa memandu.
Isunya 'simple'..tapi itulah hakikatnya. orang Melayu memang bertukar watak menjadi 'ganas' dan 'pongoh' bila tangannya menyentuh 'stereng'.

Piala di Gua Musang
1 November 2010 ; jam 1.15 akhirnya Piala Malaysia dipertontonkan kepada rakyat Kelantan dan orang Gua Musang paling bertuah kerana menjadi yang pertama meraikan kejayaan ini.Ketibaan wira-wira Kelantan ini disambut oleh pelbagai lapisan masyarakat.Wajah-wajah ceria dapat dilihat di kalangan hadirin.
Ketibaan dimulai dengan YB Dato Sri Annuar Musa bersama piala Malaysia dan diikuti dengan pegawai,jurulatih serta pemain dengan kereta khas.
Manakala majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Dato Sri Annuar Musa. Sorakan dan tepukan sentiasa mengiringi ucapan.

Bola vs PRK Galas
2 menjadi tumpuan utama kini ; bola akhir Piala Malaysia dan Pilihanraya Kecil DUN Galas.Apa kaitan keduanya ?; keduanya adalah melibatkan Kelantan, sesiapa yang ke Bukit Jalil, mesti melalui Galas dan perlakuan serta jalan cerita keduanya adalah seperti ada persamaan.
Bola : saat blog ini dikemaskini, ribuan penyokong telah ke Bukit Jalil, RR Gua Musang penuh dan bandar Gua Musang (Galas) sesak dengan kenderaan (campur sekali dengan orang-orang politik).Mungkin ketika anda

Sultan Muhammad ke V
Alhamdulillah, Tuanku Muhammad Faris Petra
telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari
Isnin 13hb. September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431
(Hijrah).Selepas dimasyhurkan sebagai
Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke
masjid Muhammadi untuk menunaikan sujud
syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.
[ Allah Akbar!, sesiapa yang melihat foto-foto yang dipaparkan dalam laman WEB berkaitan aktiviti tuanku pasti terharu malah tidak mustahil akan menitis airmata kerana akan terdetik dalam hati 'ada lagi raja yang merendah diri sebegini di zaman ini'. <klik > Tuanku akan menggunakan gelaran Sultan Muhamad V .]
Bola Kelate Bola Selising
KOTA BHARU – “Macam medan pertempuran.” Begitulah suasana yang dapat dilihat setelah segelintir penyokong Kelantan bertindak membakar dan membaling mercun ketika perlawanan bola sepak peringkat kumpulan A TM Piala Malaysia, pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu,tempoh hari.Rekod cemerlang penyokong Kelantan sepanjang saingan Piala FA dan Liga Super musim ini, akhirnya tercalar di gelanggang sendiri angkara tindakan segelintir penyokong Kelantan yang bertindak membakar dan membaling mercun dalam perlawanan itu.Malahan, perbuatan tersebut disifatkan tidak
Langgan:
Catatan (Atom)